Episod Akhir Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah Episod 28. Raisya Hannah terkejut apabila bangun pagi dan melihat Luth Mikail tiada dalam bilik. Puas Raisya Hannah mencari tetapi tidak jumpa dan akhirnya mengadu pada keluarga Luth Mikail dan kebetulan keluarganya ada juga. Raisya Hannah menangis dan ditenangkan keluarga. Luth Mikail telah hilang!



Episod Akhir Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah Episod 28





Episod Akhir Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah Episod 28

Cerita ini mengisahkan tentang seorang Hannah atau Raisya Hannah Abdul Halim bukan mudah. Maruahnya luruh sekelip mata. Di sampingnya, lelaki tidak dikenali tanpa sehelai benang melilit tubuhnya.


Apa dayanya tika itu. Hanya tangisan mengiringi. Hatinya lumat, jiwanya hancur. Maruahnya tercemar. Kerana peristiwa itu dia nekad membawa diri. Meninggalkan segala yang disayangi di bumi bertuah.


Menjadi Luth Mikail juga bukannya mudah. Gadis itu tidak dikenali tetapi gadis itu terjerat dengan musuh perniagaannya. Tatkala dia bangun pagi itu semuanya musnah. Reputasi dirinya hancur dek khianat dan benci.


Lima tahun dia mencari gadis itu. Mengusung bersama penyesalan yang bukan sedikit. Kerana dia, gadis tak berdosa menjadi mangsa. Kerana dia juga seluruh hidup gadis itu musnah dan kerana gadis itu juga dia berubah.

Post a Comment

Previous Post Next Post