Drama Sayang Tak Dikenang Episod 22.Raqib mengeletar satu badan bila Hattin hampirinya macam harimau lapar. Raqib marah tapi tak berani tinggikan suara kerana Ayu di bilik sebelah. Raqib separa berbisik, halau Hattin turun dari katilnya. Hattin ugut akan jerit kata Raqib nak rogol dia. 


Drama Sayang Tak Dikenang Episod 22




Drama Sayang Tak Dikenang Episod 22

Raqib akhirnya berjaya pujuk Hattin turun ke bilik bawah. Raqib marah Hattin. Hattin kata ini ugutan supaya Raqib terus-terang dengan Ayu. Raqib dilema. Ketika ini perasaan simpati pada Ayu semakin mendalam. Nak kata sayang tu belum lagi tapi nak ceraikan tak sampai hati.




Ayu berpakat dengan Erick untuk berlakon ada affair. Bagai orang mengantuk disorong bantal, Erick terus setuju. Amalin juga setuju kerana anggap ini peluangnya untuk mendekati Erick - apabila berkomplot dengan Ayu untuk menunjuk-nunjuk pada Raqib. 

Ketika ini, Amalin langsung tak sedar yang Erick sukakan Ayu kerana Erick bijak coverline di hadapan orang.




Post a Comment

Previous Post Next Post