Drama Sayang Tak Dikenang Episod 20. Raqib tidak sampai hati nak menceraikan Ayu sewenang-wenangnya. Beritahu pun belum, ini kan pula nak diceraikan terus. Raqib tak jadi tekan “send”. Dia delete SMS itu. Hattin semakin bengang dengan Raqib. 


Drama Sayang Tak Dikenang Episod 20




Drama Sayang Tak Dikenang Episod 20

Tuduh Raqib penipu. Raqib mula rimas dengan Hattin. Ayu yang masih ragu-ragu dengan Raqib, nak uji Raqib. Caranya berpura-pura ada skandal dengan lelaki lain. Kalau Raqib cemburu, itu tandanya Raqib sayang dia. 




Ayu berpakat dengan Erick untuk berlakon ada affair. Bagai orang mengantuk disorong bantal, Erick terus setuju. Amalin juga setuju kerana anggap ini peluangnya untuk mendekati Erick - apabila berkomplot dengan Ayu untuk menunjuk-nunjuk pada Raqib. 

Ketika ini, Amalin langsung tak sedar yang Erick sukakan Ayu kerana Erick bijak coverline di hadapan orang.

Post a Comment

Previous Post Next Post