Drama Bila Hati Memilih Dia Episod 6. Nazril menghantar Adra pulang setelah Adra enggan membuat laporan polis. Di rumah Pak Budin pula menyuruh Adra berhenti kerja kerana orang kampung sudah mula bercakap tentang hubungan Adra dan Nazril. Macam mana agaknya jalan cerita Drama Bila Hati Memilih Dia Episod 6 ni ya? Tak sabar sebenarnya nak tengok drama lakonan Aedy Ashraf dan juga Eyka Farhana ni.. JOM kita tengok!


Drama Bila Hati Memilih Dia Episod 6




Adra yang masih trauma tidak menjawab dan terus ke bilik. Keesokkan harinya, Lina meninggalkan Rania di rumah kerana memikirkan Adra yang tidak bekerja pada hari Sabtu. Adra yang masih trauma berkurung dalam bilik memikirkan siapa pelaku yang menyerangnya semalam. Hatinya berat menuduh Farhan. Lamunan Adra terhenti apabila dia terdengar suara Rania menangis, rupanya kelaparan.

Drama Bila Hati Memilih Dia Episod 6

 Drama ini mengisahkan mengenai Nazriel yang telah bercerai dengan isterinya setelah 8 tahun berkawin. Walaupun perit, dia terpaksa terima hakikat yang perkahwinannya gagal.

Selepas itu, selama 6 tahun hidup bersama dengan anaknya barulah hidupnya kembali diuji. Seseorang telah muncul dalam hidupnya.

Adra seorang gadis yang tidak terfikir akan berjodoh dengan majikannya itu. Namun sejak dia mula mengasuh Nufail iaitu anak kepada Nazriel.

Makin lama bekerja dengan Nazriel, Adra mula rasa kagum dengan semangat seorang bapa muda yang menjaga anaknya. 

Namun, hidup adra berubah selepas berlaku peristiwa hitam terhadap dirinya. Nazriel pula rasa bersalah dan dia ambil tanggungjawab untuk menjadikan adra sebagai isteri. Hanya demi menyelamatkan maruah Adra yang dicalar lelaki lain.

Adra pada mulanya tidak selesa namun kerana Nazriel mahukannya, maka dia turuti. Adra menjadi isteri kepada Nazriel dan ibu tiri kepada Nufail.

Namun, keikhlasan adra terhadap keluarganya itu mula diragui. Perangai sebenar Si Nazriel pula semakin terdedah setelah beberapa lama berkahwin.

Dapatkah Adra dan Nazriel pertahankan keluarga mereka? Atau ia juga akan menerima jalan buntu sama seperti perkahwinan pertama Nazriel?

Sama-sama kita saksikan.


Post a Comment

Previous Post Next Post