Drama Sayang Tak Dikenang Episod 27. Rizal marah meluap. Tanya Ayu kenapa hantar mesej hendak jumpa dia pada malam dia kemalangan? Tapi bila dia terlantar di hospital, kenapa tak datang jumpa dia? Kenapa tak jawab mesej dia ketika dia memerlukan Ayu di hospital? Ayu terkejut.


Drama Sayang Tak Dikenang Episod 27



Drama Sayang Tak Dikenang Episod 27

Bila masa dia hantar mesej nak jumpa Rizal? Ayu syak Rizal berhalunisasi kerana keadaan mentalnya yang tak stabil ketika itu. Rizal menjerit kata dia tidak berhalunisasi. Ayu menggigil ketakutan. Rizal terus meroyan tentang kisah silam. 




Ayu sengaja layan semata-mata untuk membuatkan Rizal leka. Bila jelas Rizal leka melayan perasaannya sambil bercakap entah apa-apa, Ayu cuba capai telefon Rizal dan tekan nombor Raqib. Ayu tertekan loud speaker. Kedengaran suara Raqib menjawab. Rizal tersedar. Dia marah lalu menerkam ke arah Ayu dan Ayu terjerit ketakutan.

Post a Comment

Previous Post Next Post