Drama Bila Hati Memilih Dia Episod 4. Selepas merasakan sesuatu, Adra terus meminta izin untuk balik. Setibanya dirumah Mak Cik Melur menunjukkan cincin pemberian Farhan kepadanya sebagai tanda masuk merisik.  Macam mana agaknya jalan cerita Drama Bila Hati Memilih Dia Episod 4 ni ya? Tak sabar sebenarnya nak tengok drama lakonan Aedy Ashraf dan juga Eyka Farhana ni.. JOM kita tengok!


Drama Bila Hati Memilih Dia Episod 4




Adra tetap tidak bersetuju untuk berkahwin dengan Farhan dan Mak Cik Melur mengesyaki yang Adra dah mula suka dengan Nazril tetapi terkejut apabila Adra bagitau yang dia sedang mencari pengganti dan akan berhenti kerja. Mak Cik Melur marah sebab Adra dah janji 30% gajinya akan diberi kepadanya. 

Drama Bila Hati Memilih Dia Episod 4

 Drama ini mengisahkan mengenai Nazriel yang telah bercerai dengan isterinya setelah 8 tahun berkawin. Walaupun perit, dia terpaksa terima hakikat yang perkahwinannya gagal.

Selepas itu, selama 6 tahun hidup bersama dengan anaknya barulah hidupnya kembali diuji. Seseorang telah muncul dalam hidupnya.

Adra seorang gadis yang tidak terfikir akan berjodoh dengan majikannya itu. Namun sejak dia mula mengasuh Nufail iaitu anak kepada Nazriel.

Makin lama bekerja dengan Nazriel, Adra mula rasa kagum dengan semangat seorang bapa muda yang menjaga anaknya. 

Namun, hidup adra berubah selepas berlaku peristiwa hitam terhadap dirinya. Nazriel pula rasa bersalah dan dia ambil tanggungjawab untuk menjadikan adra sebagai isteri. Hanya demi menyelamatkan maruah Adra yang dicalar lelaki lain.

Adra pada mulanya tidak selesa namun kerana Nazriel mahukannya, maka dia turuti. Adra menjadi isteri kepada Nazriel dan ibu tiri kepada Nufail.

Namun, keikhlasan adra terhadap keluarganya itu mula diragui. Perangai sebenar Si Nazriel pula semakin terdedah setelah beberapa lama berkahwin.

Dapatkah Adra dan Nazriel pertahankan keluarga mereka? Atau ia juga akan menerima jalan buntu sama seperti perkahwinan pertama Nazriel?

Sama-sama kita saksikan.


Post a Comment

Previous Post Next Post